Politik

Kit Siang harap PRN Sarawak jadi permulaan jadikan Malaysia hebat

SELEPAS Pakatan Harapan gagal teruk dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, pemimpin kanan DAP, Lim Kit Siang mengharapkan PRN Sarawa menjadi permulaan jadikan Malaysia negara hebat.

Menurut Kit Siang, PRN Sarawak boleh menjadi satu permulaan untuk Malaysia menjadi negara berkelas dunia.

“Saya ada satu harapan: Supaya Pilihan Raya Negeri Sarawak ini boleh menjadi permulaan satu perjalanan panjang untuk menjadikan Sarawak dan Malaysia sebuah negara hebat berkelas dunia, di mana manusia daripada latar belakang yang pelbagai, dengan pelbagai etnik, bahasa, agama, dan budaya, bersatu padu dengan harmoni untuk mencapai visi bersama menjadi Malaysia negara hebat dalam daya saing di peringkat antarabangsa, tadbir urus baik tanpa rasuah, dan juga mempunyai kerajaan yang berkesan dan efisien,” katanya.

Pada PRN Melaka, PH mengalami kekalahan memalukan terhadap selepas kehilangan 8 DUN yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14. Pakatan Harapan yang memperoleh 13 kerusi pada PRU-14 hanya berjaya memperoleh 5 kerusi.

Sementara itu, Kit Siang memberikan markah gagal iaitu kurang 50 peratus untuk anggota Kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi kad laporan 100 hari pertama mereka.

Kit Siang yang merupakan Ahli Parlimen Iskandar Putreri menyatakan, hanya Ismail Sabri memberikan markah 90 peratus kepada anggota Kabinet beliau.

Menurut Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu, hanya Khairy Jamaluddin menunjukkan prestasi terbaik sebagai Menteri Kesihatan.

Pun begitu, Khairy Jamaluddin juga menurut Kit Siang tidak layak menerima markah lulus.

“Pada 9 Disember 2021, rakyat Malaysia diingatkan berapa jauh lagi perjalanan kita untuk mencapai Impian Malaysia, untuk menjadikan Malaysia sebuah negara hebat yang berkelas dunia yang bertentangan sama sekali dengan sebuah kleptokrasi – apabila Perdana Menteri Ismail Sabri menunjukkan betapa rendah sekali kita telah jatuh apabila beliau memberikan Kabinetnya markah 90 peratus untuk kad laporan 100 hari pertama mereka sedangkan mereka ini tidak melepasi markah lulus 50 peratus sekali pun.

“Menteri Kabinet dengan prestasi terbaik sudah tentunya adalah Menteri Kesihatan baharu, Khairy Jamaluddin, tetapi beliau juga tidak layak menerima lebih daripada markah lulus.

“Adakah anda akan memberikan markah 90 peratus untuk pencapaian 100 hari yang mencatatkan kadar kes Covid-19 yang lebih dua kali ganda dan kadar kematian yang lebih 16 kali ganda berbanding dengan semasa darurat mula diisytiharkan?,” kata Kit Siang.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button