MahkamahNasional

Najib kecewa Hakim kanan sifatkan kes SRC memalukan negara

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan rasa kecewanya dengan ulasan Mahkamah Rayuan berhubung kes SRC International Sdn Bhd membabitkan dirinya yang disifatkan sebagai memalukan negara.

Dalam sidang akhbar selepas keputusan rayuannya diumumkan oleh Hakim Mahkamah Rayuan hari ini,  Najib berkata, sepanjang berada dalam kerajaan, beliau memberi penekanan kepada usaha mempromosikan kepentingan negara.

“Sepanjang penggal saya, jumlah aset negara meningkat daripada RM800 juta kepada RM2 trilion. Oleh itu, saya mencipta banyak kekayaan (untuk negara),” katanya.

Terdahulu, Hakim Abdul Karim Abdul Jalil ketika menyampaikan keputusan mahkamah berkata: “Ini bukan bagi kepentingan nasional seperti didakwa, ini adalah memalukan negara.”

Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Najib yang dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana milik SRC International. – SUMBER FMT – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button