Luar Negara

Wanita lahirkan bayi di sempadan, beri nama ‘Border’

SEPASANG suami isteri Pakistan yang terkandas di sempadan Attari selama lebih 70 hari kini menjadi berita utama selepas mereka menyambut kelahiran bayi lelaki mereka yang diberi nama ‘border’.

Bayi lelaki yang dilahirkan pada 2 Disember kini menjadi viral untuk nama unik itu.

Menurut India Today, pasangan itu dikenali sebagai Nimbu Bai dan Balam Ram, tergolong dalam daerah Rajanpur di wilayah Punjab.

Mereka telah terkandas di sempadan Attari sejak 71 hari lalu bersama 97 warga Pakistan yang lain.

Ketika ditanya sebab di sebalik nama luar biasa itu, pasangan itu berkata, bayi lelaki itu dinamakan sedemikian kerana dilahirkan di sempadan India-Pakistan.

Pada 2 Disember, Nimbu Bai bersalin dan beberapa wanita dari kampung Punjab yang berdekatan tiba untuk membantunya melahirkan anak itu.

Penduduk tempatan menghulurkan bantuan dengan mengatur kemudahan perubatan untuk bersalin.

Bapa bayi lelaki itu, Balam Ram berkata, dia dan warga pakistan lain tidak dapat pulang ke rumah selepas menziarah ke India kerana kekurangan dokumen yang diperlukan.

Daripada 97 warga itu, seramai 47 adalah kanak-kanak dan enam daripadanya dilahirkan di India.

Seorang lagi warga Pakistan di sempadan, Lagya Ram, menamakan anaknya ‘Bharat’ ketika dia dilahirkan pada Disember tahun lalu.

Penduduk tempatan telah menyediakan mereka makan tiga kali sehari, ubat-ubatan dan pakaian. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button