Taman Eko Rimba Kenong tawar alam semula jadi terbaik
TAMAN Negara di Pahang merupakan pilihan popular untuk percutian alam semula jadi di Semenanjung Malaysia, namun terdapat juga taman yang berdekatan berbaloi untuk dikunjungi.
Terletak di pinggir Taman Negara, Taman Eko Rimba Kenong mempunyai tawaran tropika yang subur.
Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di Kenong, termasuk berkhemah, berkelah dan berenang.
Terdapat juga air terjun tujuh tingkat yang boleh diterokai dan terdapat kawasan yang disediakan untuk memancing.
Taman Eko Rimba Kenong popular di kalangan penggemar spelunking, kerana terdapat segelintir gua batu kapur misteri di sekitar untuk dikunjungi.
Taman ini menempatkan rangkaian gua yang kompleks dengan formasi geologi yang unik antaranya Gua Batu Tinggi yang paling popular, kerana ia berbentuk unik.
Gua-gua lain di kawasan tersebut yang patut diterokai ialah Gua Batu Telahup, Gua Kesung, Gua Hijau dan Gua Harimau. Sesetengah gua agak mudah untuk diterokai manakala yang lain memerlukan sedikit kepakaran.
Jika bernasib baik, dapat dijumpai beberapa haiwan seperti landak, rusa, gajah dan tapir tetapi diingatkan untuk tidak mendekati haiwan tersebut.
Selain itu, di Taman Eko Rimba Kenong juga terdapat lebih 200 spesies burung liar seperti burung enggang, helang laut dan murai batu.
Hutan tersebut dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan seperti orkid liar dan pokok tualang yang tersergam indah di situ.
Bagi yang meminati aktiviti mendaki, terdapat Bukit Kesung dan Gunung Batu yang boleh diterokai.
Namun begitu, sebelum melakukan aktiviti di taman tersebut terutamanya aktiviti berkelah atau berkhemas hendaklah memohon permit daripada Jabatan Perhutanan. -SM