Politik

Tsunami BN menang 21 DUN, PH hilang 8 kerusi di Melaka

TSUNAMI Barisan Nasional di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka membadai Pakatan Harapan yang menyaksikan parti itu kehilangan lapan kerusi kepada BN.

Dalam keputusan hari ini, BN memenangi 21 kerusi berbanding hanya 13 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Sementara Pakatan Harapan yang memperoleh 13 kerusi pada PRU-14 hanya berjaya memperoleh 5 kerusi.

Sementara Perikatan Nasional berjaya mendapat dua kerusi sahaja melalui Bersatu.

BN melalui UMNO menang di DUN Taboh Naning, Merlimau, RIM, Tanjung Bidara, Kuala Linggi, Lendu, Asahan, Durian Tunggal, Gadek, Ayer Limau, Rembia, Serkam, Sungai Rambai, Ayer Molek, Teluk Mas, Pantai Kundor, Duyong, Paya Rumput dan Pengkalan Batu.

Sementara melalui MCA berjaya menawan Machap Jaya dan Kelebang dan serta MIC yang menang di Gadek.

PH melalui DAP menang empat DUN di Ayer Keroh, Kota Laksamana, Bandar HIlir dan Kesidang berbanding menang lapan kerusi pada PRU-14.

Amanah pula menang satu kerusi di Kesidang berbanding dua kerusi pada PRU-14 dan PKR tidak langsung mendapat sebarang kerusi berbanding tiga kerusi pada PRU-14.

Manakala Perikatan Nasional melalui Bersatu menang di Sungai Udang dan Bemban. Parti Bersatu menang dua kerusi pada PRU-14. Sementara Pas dan Gerakan yang bertanding di bawah PN tidak memenangi sebarang kerusi.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button