Nasionalpilihan

Polis siasat penularan video, mesej lucah didakwa libatkan pendakwah di Telegram

POLIS mengesahkan sedang menyiasat isu penularan video dan mesej lucah di aplikasi Telegram yang didakwa melibatkan seorang pendakwah bebas terkenal dalam negara..

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.

“Siasatan turut dilakukan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Orang ramai turut dinasihati agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform terbabit sehingga boleh mendatangkan kegentaran awam, menggugat keharmonian negara dan menjejaskan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Abd. Jalil, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes ini dimohon untuk menyalurkannya kepada Ketua Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), JSJ Bukit AmanSuperintendan Junainah M.Kasbolah atau Pengawai Penyiasat kes, Inspektor Mohd. Khabir Mohd. Afandi di talian 03-2266 6071,” ujar beliau.

Terdahulu, tular di media sosial berkenaan satu pautan yang membawa kepada satu akaun Telegram yang membuat pendedahan didakwa berkaitan dengan isu moral seorang pendakwa terkenal.

Turut disertakan di dalam akaun tersebut ialah beberapa video yang didakwa melibatkan pendakwah itu dan mesej berbaur lucah yang juga dikatakan melibatkan pendakwah sama. -SM

(Visited 582 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button