Undian timbalan speaker ditangguh, Bersatu tidak sokong Ahmad Maslan
UNDIAN Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang sepatutnya dilangsungkan hari ini, difahamkan akan ditangguhkan berikutan calon dari UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan gagal mendapat sokongan dari Bersatu.
Bersatu yang merupakan parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) secara terbuka menyatakan tidak akan menyokong Ahmad yang juga Setiausaha Agong UMNO.
Ahmad antara yang lantang mengkritik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri yang kemudian meletakkan jawatan setelah tidak mendapat sokongan majoriti ahli parlimen.
Tingkah-laku Ahmad telah menyinggung perasaan para pemimpin Bersatu dan kini mereka tidak menyokong Ahmad sebagai calon dari kerajaan.
Selain Ahmad, seorang lagi calon ialah Ngar Kor Ming dari DAP turut dicalonkan oleh blok pembangkang.
Jawatan timbalan speaker kosong setelah Datuk Seri Azalina Othman Said meletakkan jawatan.
Parlimen yang masuk hari kedua bersidang sepatutnya mengundi untuk memilih timbalan speaker.