Nasionalpilihan

UPS bina produk baharu untuk manfaat pendidikan awal kanak-kanak

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)  berjaya menghasilkan produk baharu untuk manfaat pendidikan awal kanak-kanak yang dikenali “Indeks Permainan (Toy Index) Pengujian Permainan Kanak-Kanak”.

Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, sebagai sebuah universiti pendidikan, penyelidikan berkaitan pendidikan yang dihasilkan itu dapat membantu memajukan dunia pendidikan negara.

“Saya berbangga dengan dengan komitmen pasukan penyelidik kerana kajian Indeks Permainan (Toy Index) Pengujian Permainan Kanak-Kanak ini memberi impak yang positif terhadap bidang pendidikan awal kanak-kanak,” katanya.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Ts Dr Suriani Abu Bakar  berkata projek berkenaan diketuai Profesor Dr Saedah Siraj yang dibangunkan hasil cetusan idea oleh kumpulan kakitangan Pengurusan dan Profesional UPSI yang mengikuti program latihan Integrated Leadership Excellence Acceleration Programme (iLEAP) pada tahun 2019.

“Kajian yang menggabungkan kepakaran daripada kumpulan kakitangan Akademik dari Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Jabatan Pendidikan Khas, Fakulti Pembangunan Manusia UPSI serta Pusat Pembangunan Penyelidikan Kanak-Kanak Negara (NCDRC) UPSI, serta  19 penyelidik ini dilaksanakan apabila berjaya memperoleh Geran Penyelidikan Universiti (GPU) yang bernilai RM50,000 untuk menjalankan penyelidikan dan seterusnya membangunkan Indeks Permainan ini,” katanya.

Ahli-ahli lain yang terlibat termasuklah Profesor Madya Dr. Abdul Halim Masnan, Profesor Madya Dr. Bahbibi  Rahmatullah, , Profesor Madya Dr. Norazilawati Abdullah,  Profesor Madya Dr. Suzani  Mohamad Samuri, Dr. Farah Salwani Che Ku Razak, Dr. Iylia Dayana  Shamsudin, Dr. Masayu  Dzainudin, Dr. Mazlina  Che Mustafa, Dr. Megat Azrin Ahmad, Dr. Nor Mashitah  Mohd Radzi, Suhaila  Sidek, Hashimah  Hussein, Mahanum  Muhammad, Maskana Ahmad,   Muhammad Tarmizi Abd Rahman Mohd Hamdan  Yasin,  Nazar Mohd Zahidi Mohd Azahar,serta Ir. Shaharuddin Md Lias.

Ketua Penyelidik, Profesor Dr Saedah Siraj  berkata Toy Index berkata ia adalah sebuah projek ‘Blue Ocean Strategy’ UPSI bagi memperkasakan bidang pendidikan awal kanak-kanak dan mengukuhkan lagi jenama UPSI sebagai Universiti Nombor Satu Pendidikan.

Melalui indeks berkenaan, katanya, UPSI akan menilai sampel permainan dari pemain industri dan membuat pengesahan berkenaan sumbangan dan kesan sesuatu produk permainan kepada perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak dari segi kognitif, psikomotor dan juga afektif semasa bermain sesuatu produk permainan.

Profesor Dr Saedah berkata  kajian menghasilkan Toy Index itu diperlukan oleh Malaysia sebagai penanda aras pengeluaran alat permainan kanak-kanak (toys) yang bermutu.

“Kajian kami ini menghasilkan instrumen indeks untuk menilai kesesuaian alat permainan kanak-kanak berumur 3 hingga 5 tahun. Ia bertindak sebagai satu alat penanda aras kepada industri pengeluar produk permainan kanak-kanak untuk menghasilkan produk yang berkualiti serta selamat terutamanya di Malaysia.

Malah ia berpotensi membantu para guru, pensyarah atau pendidik awal kanak-kanak untuk mengenalpasti alat-alat permainan yang sesuai untuk perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak.

Menurut beliau lagi, kajian itu menggunakan kaedah Fuzzy Delphi Method (FDM) dan Analytical Hierarchical Processing (AHP) iatu suatu kaedah “Expert Polling” yang berasaskan analisis secara integrasi dan konsisten daripada pandangan panel pakar yang terdiri dari pelbagai latar belakang kemahiran, pengalaman dan peranan dalam masyarakat.

Katanya, melalui indeks ini, sesuatu alat permainan kanak-kanak (toys) akan dinilai berdasarkan kepada empat indikator utama dan 22 sub indikator tentang kesesuaian maklumat, keselamatan alat permainan, nilai pendidikan dan kesesuaian bermain.

“Penghasilan Toy Index ini secara tidak langsung dapat menjana pendapatan universiti, selain memperkasakan niche UPSI sebagai sebuah universiti pendidikan di Malaysia yang selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam mengukuhkan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia. -SM

(Visited 820 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button