Pembaca

Warga Twitter Cuba Tunjuk Pandai Nak Ajar KJ, Tak Tahu Wujud Istilah Ekonomi Harga Siling!

Nak betulkan orang tak salah.. tapi tolonglah selidik dahulu apa yang nak diucapkan oleh seseorang itu.

Faham tengah kecoh dalam media sosial tentang kit ujian kendiri COVID-19 namun tolong ambil tahu.

Paling penting soal ekonomi dan untuk istilah Inggeris tertentu, fahami maksudnya dan jangan palatao.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) umumkan harga siling bagi kit ujian kendiri COVID-19 adalah RM19.90.

Istilah harga siling yang digunakan dalam ekonomi bermaksud harga paling tinggi dan tidak boleh dijual melebihi harga itu.

Namun betapa perasan bagusnya kebanyakan warga Twitter ini, mereka dengan selambanya cuba memperbetulkan teks yang ditulis oleh KJ.

Dalam satu ciapan, KJ menulis ‘ceiling price’ yang membawa maksud harga siling tadi tetapi warga Twitter berpendapat yang sebetulnya adalah ‘selling price’ yang membawa maksud harga jualan.

Ceiling price dan selling price pun sudah membawa maksud yang berbeza. Maka janganlah kita memandai-mandai mengubah sesuatu teks tanpa memahami ayat yang ingin disampaikan!

 

(Visited 2,549 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button