Politik

Tiada MP punyai majoriti untuk dilantik sebagai PM

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin menyatakan kesediaannya untuk meletakkan jawatan sebagai perdana menteri selepas beberapa Ahli Parlimen menarik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional.

Bagaimanapun menurut Muhyiddin, sehingga kini tidak ada mana-mana ahli Parlimen yang dapat membuktikan bahawa mereka mempunyai sokongan majoriti untuk mengambil alih jawatan tersebut.

Jelas Muhyiddin, sekiranya beliau meletakkan jawatan krisis politik akan tersebut berlaku kerana tidak ada mana-mana pihak memiliki sokongan majoriti untuk dilantik sebagai perdana menteri.

“Namun, sehingga saat ini tiada seorang pun Ahli Dewan Rakyat lain yang dapat membuktikan dia mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat untuk membolehkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong melantik Perdana Menteri baharu.

“Jika saya meletak jawatan pada masa ini, bukan saya seorang sahaja yang berhenti menjadi Perdana Menteri. Menurut Perlembagaan Persekutuan, saya hendaklah meletakkan jawatan seluruh anggota Jemaah Menteri. Ini bermakna Kerajaan Perikatan Nasional yang mentadbir negara pada masa ini
akan jatuh.

“Saya memikirkan dalam keadaan tiada seorang pun Ahli Dewan Rakyat lain yang mendapat sokongan majoriti pada masa ini, Perdana Menteri yang baharu tidak boleh dilantik menurut Perlembagaan. Apabila Perdana Menteri tidak boleh dilantik, maka kabinet pun tidak boleh dilantik dan kerajaan baharu tidak dapat dibentuk.

“Apa akan jadi kepada negara kita sekiranya krisis politik berlarutan dan kerajaan baharu tidak dapat dibentuk dalam kadar segera? Kerajaan mana yang akan memastikan program vaksinasi berjalan lancar dan mengikut jadual?” soal Muhyiddin.

Beliau berkata demikian dalam ucapan khas yang disiarkan secara langsung sebentar tadi.

Beliau menegaskan tempoh dua bulan akan datang adalah amat genting kepada Pelan Pemulihan Negara.

Jika semua perancangan kerajaan dapat dilakansakan seperti yang dijadualkan Malaysia akan mencapai imuniti kelompok pada bulan Oktober.

Sekiranya terganggu dengan kemelut politik yang tidak berkesudahan dan kerajaan yang sah tidak dapat dibentuk, sasaran imuniti kelompok tidak akan dapat dicapai dan nyawa rakyat akan terus berada dalam bahaya.-SM

 

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button