Pena Cikgu Kamarul

Izinkan perbedaan singgah di sanubari UMNO

1. Puas saya mengulang-ulang dan mengamati untuk memahami maksud yang tersirat dan tersurat. Emosi sedang buas bermain dalam sanubari ahli akar umbi.

2. Saya tidak menyalah sesiapa.
Pada keadaan ini saya sudah sedia maklum bahawa emosi akan memain peranan yang lebih utama, tidak akli.

3. Pepatah ada mengatakan bahawa emosi tidak pernah menyelesaikan apa-apa. Ia tidak membina sebarang kebaikan, bahan memusnahkan segala kebaikan yang telah terbina.

4. Para pemimpin dan ahli-ahli akar umbi UMNO perlu bertenang dan merenung buat sejenak. UMNO sedia matang daripada parti lain yang ada. UMNO sejak dahulu mengamalkan perbedaan pendapat. Ada yang melihat perkembangan terkini sebagai petanda perpecahan. Namun ada yang beranggapan ia perkara biasa yang bakal berakhir dengan kesepakatan yang lebih menguatkan.

5. Ahmad Zahid Hamidi dan Ismail Sabri Yaacob memiliki karektor yang amat berbeda sekali. Kedua-duanya mempunyai kekuatan tersendiri yang amat penting dan berguna buat UMNO. Seorang yang begitu tegas dan seorang lagi lembut dalam pendekatan. Kedua dua ramuan ini amat diperlukan dalam parti. Di belakang mereka juga terdapat para pemimpin pemimpin hebat. Mereka bukannya terbahagi kepada dua kumpulan kerana mahu merebut kuasa. Sebaliknya kedua-dua kumpulan ini berbeda pandangan ekoran kecintaan terhadap parti.

6. Ahli akar umbi jangan sesekali melihat perbedaan ini sebagai kehancuran kerana kedua dua pemimpin ini mempunyai hujah tersendiri. Sebagai ahli UMNO jadilah agen kepada penyatuan dan bukannya menjadi alat kepada perpecahan.

Jangan biarkan kerunsingan terhadap musuh-musuh kita mengakibatkan kita berselisih faham sesama kita. Percayalah bahawa UMNO tetap akan bangkit.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button