Politik

Zahid hilang kuasa – KP ROS

Kepemimpinan Majlis Tertinggi (MT) Umno ketika ini hanya boleh berfungsi sebagai caretaker sehingga selesai pemilihan dan mesyuarat Agung Umno 2021, kata Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

Ketua Pengarah ROS, Jasri Kasim berkata, MT yang diketuai Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hanya boleh menjalankan kerja-kerja pentadbiran parti.

“Pada masa ini (kepemimpinan Umno) seperti caretaker sahaja, hanya boleh buat pengurusan administrative atau pentadbiran biasa parti.

“Dari segi pelaksanaan (atau segala) keputusan dasar kena bawa ke perhimpunan agung dahulu kerana dia (kini) lebih kepada caretaker sahaja,” katanya seperti dilaporkan Utusan Online.

Jasri berkata, pihak ROS telah menerima surat penjelasan Umno semalam berhubung keputusan penangguhan pemilihan 18 bulan yang mana ROS berpandangan sebelum ini sebagai tidak sah.

Related Articles

Jelasnya, pihaknya akan meneliti dan mengkaji surat penjelasan itu terlebih dahulu kerana Umno ada mengemukakan maklumat-maklumat baru.

Bagaimanapun katanya, segala intipati surat itu tidak boleh didedahkan, namun memberitahu akan meneliti satu persatu penjelasan berkenaan.

“Saya sudah bercakap perkara ini kepada pihak Umno bahawa isu ini straight forward sahaja, kita dah dengar penjelasan mereka dan akan teliti satu persatu.

“Mereka juga tidak mengemukakan lagi cadangan tarikh baru pemilihan parti dan Mesyuarat Agung Umno 2021 yang akan diadakan,” katanya.

ROS sebelum ini berkata tindakan Umno menangguhkan pemilihan parti itu tidak sah kerana penggal pemegang jawatan MT tamat sebelum keputusan itu dibuat.

Bagaimanapun perkara itu dinafikan Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan yang mengatakan keputusan itu dibuat ketika ahli MT Umno masih memegang jawatan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button