Luar Negarapilihan

Perancis laksanakan peraturan pas vaksinasi lengkap untuk tujuan aktiviti harian

PERANCIS meneruskan peraturan baharu supaya rakyatnya menunjukkan pas vaksinasi lengkap untuk melakukan aktiviti harian walaupun mendapat tentangan sebelum ini.

Presidennya, Emmanuel Marcon sebelum ini berkata, semua aktiviti termasuk untuk makan di kafe atau restoran, perjalanan udara dan keretapi perlu menunjukkan pas vaksinasi.

Keputusan itu juga menyebabkan berlakunya protes hampir sebulan di seluruh negara pada hari Sabtu.

Pas vaksinasi itu adalah peraturan baharu yang diumumkan oleh kerajaan Perancis sebagai cara untuk mengawal penularan Covid-19.

Malah, rakyat dan peniaga juga diberikan masa selama seminggu untuk membuat persediaan berkenana peraturan baharu itu.

Pas vaksinasi itu mula diperkenalkan buat pertama kali pada 21 Julai lalu untuk kawasan tumpuan seperti muzium dan teater, serta permainan sukan.

Dalam pada itu, terdapat tentangan berkenaan peraturan baharu itu yang dianggap sebagai melanggar kebebasan individu.

Kira-kira 237,000 orang melakukan tunjuk perasaan di seluruh Perancis pada hari Sabtu lalu, termasuk 17,000 di Paris.

Namun, tinjauan terbaharu menunjukkan bahawa sebilangan besar rakyat menyokong peraturan tersebut. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button