Nasionalpilihan

Nadir Al-Nuri nafi terima sumbangan RM20 juta setiap tahun

Ketua Pengawai Eksekutif, Cinta Gaza Malaysia (CGM), Nadir Al-Nuri menolak dakwaan NGO berkenaan menerima RM20 Juta setiap tahun.

Nadir menerusi sesi town hall tengah hari tadi, jumlah berkenaan bukan diuruskan CGM sahaja, tetapi ia dikumpulkan bersama-sama oleh rakan-rakan yang berada di bawah My Aqsa Defenders (MAD).

“Ia adalah gabungan 20 NGO anak-anak muda dan lebih 23 orang influencer yang telah lama berjuang untuk bumi Palestin seperti Fedtri Yahya, Faizal Tahir, Heliza Helmi dan Mizz Nina.

“Apa pun pecahan duit ni kita dah bentangkan dalam sidang media sebelum ini, 30 peratus untuk projek segera dan medium term, 30 peratus untuk pembangunan infrastruktur dan 40 peratus untuk projek-projek pusingan kewangan,” jelasnya.

Menurutnya, dengan kerja yang sistematik dan bantuan yang akan datang, tiga bulan pertama MAD, pengurusan 100 peratus telah ditaja oleh satu pihak dan menjelang tahun 2022, MAD akan ambil 0 peratus pengurusan.

Dalam pada itu, menjelaskan mengenai pihak yang menguruskan untuk kemasukan ke Gaza pula, Nadir menjelaskan bahawa syarikat Lucky Tours sebenarnya dimiliki oleh anak kepada Presiden Mesir iaitu Jeneral Abdel Fattah El-Sisi.

Jelasnya, syarikat berkenaan telah diwujudkan oleh setelah Abdel Fattah menjadi Presiden negara berkenaan.

“Lucky Tours mengenakan bayaran keluar masuk Gaza sebanyak USD1200 untuk rakyat tempatan, manakala USD2500 pula untuk orang luar.

“Bagaimanapun, sebagai sebuah syarikat pelancongan duit berkenaan akan hanya diperolehi untuk syarikat tersebut,” ujarnya.

Menjelaskan mengenai Miles Of Smile, Nadir memberitahu ia adalah sebuah NGO dan bayaran USD10,000 yang dikenakan pula adalah wang komitmen.

“Wang bayaran itu Miles Of Smile gunakan untuk beri bantuan dan membantu penduduk-penduduk Palestin serta bantu projek-projek pembangunan dalam bumi Gaza.

“Ia berbeza dengan bayaran USD2500 yang semuanya akan diperoleh oleh syarikat Lucky Tours,” jelasnya.

Sementara itu, mengenai harga pack makanan sebanyak USD40, Nadir memberitahu ia merupakan cadangan tanpa menyenaraikan sebarang makanan dalam proposal yang terkandung dan kami hantar kepada pelbagai NGO sebelum ini.

Jelasnya, adalah sesuatu yang mustahil apabila ada pihak lain yang mendakwa boleh mendapat harga yang lebih murah dengan nilai barang yang sama, sedangkan proposal berkenaan tidak menyatakan senarai barangan berkenaan.

“Apabila nak dapatkan list makanan, kami akan buka satu tender dan mana-mana syarikat yang nak masuk, mereka boleh berikan harga dan barangan yang terbaik dengan syarat-syarat dan melibatkan proses yang panjang, ia bukan semudah datang dan beli.

“Mereka akan isikan senarai barang serta harga dan mereka akan hantar semula kepada kita. Jawatankuasa kami akan memeriksa mana yang paling murah dan berkualiti dan barulah akan pilih syarikat yang terlibat.

“Contohnya, ada satu list yang memberi harga 120 shekel (USD40) dengan senarai 19 barangan, manakala ada yang beri harga lebih kurang 70 shekel (USD 20) dengan senarai 13 barangan.

“Jadi sangat-sangat tidak adil kalau ada yang mendakwa pack dia lebih murah tanpa dia beritahu apa barang dalam pack tersebut. Kami cabar kalau ada yang boleh dapat lebih murah dan dalam bumi Gaza sendiri, kami sedia untuk bekerjasama.

Pada masa sama, Nadir dalam sesi town hall berkenaan memberitahu pihak NGO CGM hanya mengambil tiga peratus sahaja untuk kos pengurusan.

Ujarnya, segala penjelasan tentang setiap aktiviti yang dilakukan oleh pihaknya, termasuk perbelanjaan akan dimuat naik di laman web mereka dan orang ramai boleh memeriksa sendiri untuk mendapatkan kepastian.

Jelasnya, sebagai sebuah pertubuhan yang berdaftar di bawah ROS, pihaknya juga telah menghantar laporan audit dari tahun 2015 hingga 2019, manakala untuk tahun 2020 pula, auditnya akan dilakukan pada tahun ini. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button