Jenayah

Laporan polis dibuat isu ‘Spanish fly’

Laporan polis dibuat terhadap status media sosial dan artikel yang didakwa menghina Menteri Kesihatan Dr Adham Baba yang tersilap menyebut perkataan Spanish flu (selsema Sepanyol) sebagai “spanish fly“.

Ia dikatakan dibuat oleh seorang peguam bagi pihak Adham.

Laporan polis telah dibuat terhadap status media sosial dan artikel yang didakwa menghina Menteri Kesihatan Dr Adham Baba yang tersilap menyebut perkataan Spanish flu (selsema Sepanyol) sebagai “Spanish fly“.

Ia dikatakan dibuat oleh seorang peguam bagi pihak Adham.

Laporan itu dibuat selepas tular video Adham salah menyebut perkataan Spanish flu sebagai Spanish fly dan Spanish virus.

Spanish fly biasanya merujuk kepada perangsang seksual – dikatakan dibuat daripada bahan kimia diekstrak daripada serangga dengan nama sama.

Selsema Sepanyol pula merujuk kepada wabak pada tahun 1918 yang menjangkiti satu pertiga populasi manusia ketika itu.

Sementara itu, laporan polis oleh peguam itu merujuk dua ciapan – gesaan menteri kesihatan dipecat dan perkongsian gambar seniman Fahmi Reza yang menyindir Adham – sebagai menghasut.

Laporan polis itu juga merujuk laporan The Rakyat Post sebagai sengaja mahu memalukan menteri.

The Rakyat Post mengesahkan kepada polis bahawa laporan itu betul.

Ketika dihubungi, polis memberitahu Malaysiakini supaya merujuk perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Bagaimanapun, SKMM pula meminta portal ini menghubungi pihak polis.

Ketua Pengarang The Rakyat Post, Hamzah Nazari dalam ciapan di Twitternya meminta Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah meminta pihak berwajib bersikap “lemah lembut” jika datang ke rumah untuk merampas perantinya.

“Mohon anda meminta mereka bersikap lemah lembut kerana kami baru mendapat bayi 11 bulan dan isteri saya hamil empat bulan.

“Terima kasih,” katanya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button