Nasional

Rumah Bonda Yang Beroperasi Secara Haram Juga Punca Kematian Adik Adam Tahun Lalu?

Kes penderaan seorang anak istimewa sindrom down dikenali sebagai Adik Bella sedang mendapat perhatian umum masyarakat dan untuk menghentikan perbuatan terkutuk ini, pendedahan perlu dibuat.

Jangan bercakap soal perlu menjaga aib apabila rumah penjagaan milik Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda Kuala Lumpur ini mengabaikan tanggungjawab sehingga ramai anak-anak istimewa menderita.

Berdasarkan perkongsian Fdaus Ahmad, kejadian malang menimpa anak-anak istimewa sindrom down di rumah penjagaan tersebut sudah lama berlaku dan adik Bella bukanlah yang pertama.

Selain adik Bella, terdapat seorang lagi anak istimewa sindrom down bernama adik Adam namun sudah meninggal dunia dengan alasan mati mengejut dan berikut adalah catatannya :

Kematian Bayi Dari Rumah Yang Sedang Viral, 3 Mei 2020

Sebenarnya pada Mei 2020 masa orang tengah kalut dengan PKP berlaku satu kematian melibatkan bayi jagaan Rumah Yang Sedang Viral (RYSV).

Kematian sorang bayi berumur 10 bulan bernama Adam. Adam seorang bayi SD. Adam ni perlukan penjagaan rapi dan teliti sebab dia ni special, susu kena bagi minum on time elok elok.

Dan bila kita bercakap pasal Rumah Yang Sedang Viral ni, siapa lagi yang sepatutnya kita rujuk untuk dapatkan keterangan?

Rumah Yang Sedang Viral mengatakan kematian Adam adalah tiba tiba, kalau tiba tiba maka kita perlu dapatkan laporan post mortem hospital.

Dengan timbul isu Bella, kematian tragis Adam tahun lepas muncul semula menjadi teka teki. Adam yang gemuk, tiba tiba jadi kurus dan sakit.

Penderaan Bella, boleh menimbulkan syak kepada kita – bahawa adakah kematian Adam berpotensi terjadi akibat PENGABAIAN?

Sudah ada kematian tetapi kita yang tak tahu apa telah terjadi. Sebab masa tu tiada siapa memberi syak wasangka.

Tapi sekarang, lepas Bella memberitahu kita yang penjagaan Rumah Yang Sedang Viral ni ada unsur penderaan, maka ada asas dan lokus standi yang kukuh – untuk kita semua mempersoalkan kematian baby Adam!

Kami minta, pihak polis bertindak segera dan menyiasat perkara ini sehabisnya, jangan bersisa. Dapatkan semula laporan post mortem arwah Adam, siasat!

Pengurus Rumah Penjagaan Diburu

Namun sehingga kini, pengurus rumah penjagaan terbabit, Siti Bainun Ahd Razali masih menegaskan dirinya tidak layak untuk dipersalahkan.

Sehinggakan sewaktu pengarah JKM (KL), Che Samsuzuki Che Noh menemubual Siti Bainun, dia menjelaskan bahawa adik Bella ini seorang yang degil dan tidak mendengar kata.

Menepis dakwaan terbabit, seorang sukarelawan di rumah penjagaan terbabit, Mummy yang pernah menjaga adik Bella selama 4 bulan mengatakan adik Bella adalah seorang yang sangat rajin.

Mengetahui nasib adik Bella yang dipaksa makan cili tanpa minum air, Mummy terkenang yang adik Bella ini seorang yang kuat minum air sehingga tak dapat bayangkan betapa seksanya adik Bella.

Dalam rasa sebak, Mummy terkenangkan sikap dan keletah Adik Bella yang begitu manja dan penyayang, malah Mummy ceritakan yang adik Bella ini juga jenis suka budak-budak.

Apa pendapat anda mengenai perkara ini? Kongsikan pada ruangan komen dan semoga nasib anak-anak istimewa yang pernah mempunyai kontak dengan rumah penjagaan terbabit dilindungi!

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button