Politik

Demokrasi mati di bawah Zahid Hamidi

Setelah viral klip rakaman suara Tajuddin mengenai pendirian beliau yang tidak bersetuju ataupun tunduk kepada kemahuan Zahid Hamidi yang menginginkan agar PM digulingkan ketika negara sedang berdepan dengan krisis covid-19,maka seperti yang di jangka oleh ramai penganalisis politik, posisi Tajuddin sebagai Pengarah Pilihan Raya Umno telah dilucutkan serta merta dan di gantikan dengan Tok Mat yang merupakan Timbalan Presiden Umno.

Gambaran jelas yang diberikan oleh Zahid kepada ahli-ahli Umno ialah,sesiapa pun yang tidak bersetuju dengan keputusan beliau maka harus bersiap sedia untuk hilang jawatan dan kedudukan.

Demokrasi telah mati di bawah Zahid Hamidi,beliau seakan menggunakan kaedah kuku besi untuk memaksakan agar keinginan beliau diterima pakai oleh sesiapa sahaja.Seakan-akan kaedah komunis yang harus taat dan patuh secara membabi buta tanpa mengenal salah dan silap akan pucuk pimpinan.

Pemecatan Tajuddin sebenarnya hanya membuktikan bahawa Umno silap,silap dan silap.Umno silap join PN,

Umno silap sokong Anwar Ibrahim,Umno silap dan terus silap.

Tajuddin sebenarnya sendiri mengakui bahawa Umno belum cukup bersedia untuk menghadapi PRU15 dalam keadaan sekarang ini.Jentera kurang,JR ntah ke mana.Beliau juga mengakui bahawa andai PRU15 diadakan banyak kawasan parlimen yang bakal ditandingi Umno akan kalah.Selain itu sokongan ketua-ketua bahagian sebanyak 2/3 dilihat memihak kepada Ismail Sabri yang memberi gambaran bahawa akar umbi menerima perlantikan Ismail Sabri sebagai TPM.

Jika diimbas kembali,kejadian sama pernah berlaku sewaktu zaman ketika Najib Razak merupakan seorang PM dahulu dan di mana Muhyiddin Yassin sebagai TPM pada ketika itu.Muhyiddin di pecat apabila mempersoalkan akan salah laku Najib yang pada ketika ini,sedangkan Najib pada hari ini sedang berdepan dengan tuduhan tersebut di makhmah.

Namun yang ironiknya,orang yang dipecat oleh Najib Razak dahulu, pada hari ini telah berdiri sebagai seorang PM yang bertungkus-lumus membebaskan Malaysia dari krisis Covid-19, sementara orang yang memecat beliau pula saban hari sibuk bermain “Facebook” jika tidak turun naik makhamah dan sanggup pula melabur sejumlah besar wang untuk mendapatkan “like” dan “poll” yang tidak relevan di alam maya.

Zahid pastinya akan mengikuti jejak langkah Najib Razak apabila hukuman ke atas kes beliau telah dijatuhkan atau mungkin beliau akan berakhir dengan lebih teruk yakni meringkuk untuk suatu waktu di dalam jeriji besi seperti cikgu peribadi beliau iaitu Anwar Ibrahim.

Sama ada sedar atau tidak,Zahid secara tidak langsung bukan lagi seorang presiden kerana tempoh lantikan beliau telah tamat dan pastinya bila pemilihan semula diadakan Zahid akan tewas dengan memalukan. Itulah yang sangat beliau takutkan.Kasihan sungguh kisah seorang Zahid dan keserakahannya yang tidak berpenghujung.

ARTIKEL DIPETIK DARI FACEBOOK

Muhammad Amir

(Visited 683 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button