Uncategorized
Abu Bakr jadi pilihan nama anak Sari Yanti, Jep Sepahtu
Setelah hampir dua bulan bersalin, akhirnya pelakon Sari Yanti mendedahkan nama dan wajah anaknya.
Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh isteri kepada pelawak Jep Sepahtu menerusi Instagram miliknya.
“Assalammualaikum semua 🙋♂️. Nama saya Abu Bakr bin Mohd Nadzri.
“Introducing my No 5,” ujarnya yang telah melahiran anak kelima pada 15 Mei lalu.
Ia merupakan kelahiran cahaya mata yang kelima buat Sari, manakala yang ketika buat Jep.
Sebelum ini, Sari telah dikurniakan dua orang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu. -SM