Hiburan

Tuduh Rita Rudaini dan lufya anti vaksin, Fara Hahim minta maaf

Baru-baru ini, pengacara Fara Hanim Razak, menjadi sebutan gara-gara membuat tuduhan terhadap Rita Rudaini dan Lufya yang dikatakan anti vaksin.

Setelah mendapat kecaman daripada kedua-dua artis berkenaan, akhirnya Fara telah memohon maaf kepada kedua-duanya.

“Selepas bermuhasabah dan merenung segala kekurangan dan kelemahan diri, Anim menerima dengan terbuka teguran-teguran ramai berkenaan isu membabitkan Anim sebelum ini. Anim sedar apa yang Nabi junjungan besar kita berpesan: ‘Setiap anak Adam melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat.’ (Riwayat Ibn Majah).

“Atas pesan Nabi kita, insya-Allah Anim menginsafi kelemahan dan akan baiki diri Anim untuk menjadi hamba-Nya yang lebih baik,” katanya.

Sebelum ini, pengacara berkenaan mendakwa jirannya yang bermula dengan pangkal huruf RR dan LL antara individu yang tidak mempercayai suntikan vaksin sehingga ramai yang mengaitkan dua artis tersebut sebagai Rita Rudaini dan Lufya Laana (Lufya Omar).

Jelas pengacara itu lagi, dia juga telah menghubungi Rita dan Lufya untuk memohon maaf, selain turut ingin membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Anim baru sahaja menghubungi pihak terbabit untuk memohon maaf dan di sini juga Anim ingin memohon maaf secara terbuka. Hasrat Anim hanya satu iaitu seluruh rakyat Malaysia bersatu hati menentang ancaman virus COVID-19.

“Sesungguhnya kita belum menang tapi kita boleh menang bila hati kita bersatu bersama berjuang dengan penuh sabar,” jelasnya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button