Nasional

Bazar Aidilfitri tidak ditutup, hanya kekeliruan sahaja – Annuar

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menjelaskan bahawa Bazar Aidilfitri di Jalan TAR tidak ditutup tetapi hanya berlaku sedikit kekeliruan.

“Kekeliruan arahan ketua polis daerah Dang Wangi telah diselesaikan dalam tempoh dua jam dan bazar terus dibuka, tidak ditutup,” katanya dalam hantaran ke media sosial.

Beliau menjawab dakwaan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa penutupan bazar berkenaan menyebabkan para peniaga kesal.

“Saya harap pembantu pembantu Presiden dapat sentiasa membantu presiden dengan memberi maklumat tepat, agar posting Presiden tidak terlihat janggal,” kata Annuar.

Kekeliruan mengenai bazar itu berikutan tersenarai di dalam kawasan titik panas penularan Covid-19 atau HIDE.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button