Suami Isteri Perlu ‘Update’ Emosi, Jangan Biarkan Kesibukan Suramkan Rasa Cinta
Masalah penceraian yang semakin banyak berlaku ketika ini boleh dikaitkan dengan pelbagai faktor termasuklah terlalu sibuk dengan urusan kerja yang tak pernah berhenti.
Tujuan bekerja sememangnya untuk mencari duit bagi memantapkan lingkaran ekonomi keluarga dan memastikan komitmen bulanan diselia dengan baik.
Namun dalam urusan ke arah itu, kemanisan cinta dalam rumah tangga boleh beransur-ansur terhakis jika salah seorang pasangan atau kedua-duanya terlalu fokus dengan kerjaya.
Sehubungan itu, pasangan suami isteri memang perlu melakukan ‘update’ emosi dari semasa ke semasa untuk mempertahankan rumah tangga.
Proses ini sama seperti gadjet yang kita miliki. Akan sampai pada suatu masa, satu pemberitahuan untuk proses ‘update’ akan sampai kepada kita.
Jadi bagaimana ‘update’ emosi ini hendak dilakukan? Antara cara popular yang sering disarankan adalah dengan bercuti atau kemas rumah bersama-sama.
Tutup telefon dan kawal diri anda serta pasangan untuk tidak berfikir langsung tentang kerja pada masa tersebut dan banyakkan berbual tentang kenangan.
Perkara ini nampak remeh tetapi secara tidak sedar, ia memberikan aura yang sangat positif kepada pasangan suami isteri untuk nikmati aturan keluarga bahagia!