Hiburan

Serina Redzuawan bernikah buat kali kedua

Pelakon, Serina Redzuawan telah selamat bernikah buat kali kedua hari ini.

Anak kepada cef terkenal, Cef Wan itu mengumumkan pernikahan mereka menerusi satu status di akaun Instagram miliknya.

“Sempena hari jumaat penuh keberkatan, dengan penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT, saya nak umumkan dah selamat mendirikan masjid bersama suami. Majlis nikah kami secara tertutup sahaja.

“Alhamdulillah diselesaikan yang wajib dahulu, benar jodoh pertemuan, ajal maut itu rahsia Allah, kita yang lahir di bumi semuanya dah tertulis di Kitab Loh Mahfuz, Alhamdulillah dia lah yang terbaik yg ALLAH kirimkan buatku untuk menjadi imam serta khalifah dalam keluargaku,” katanya.

Menurut Serina, dia turut merakamkan ucapan terima kasih kepada bapanya yang merestui perkahwinannya.

Terdahulu, Cef Wan memberitahu yang dia tidak lagi mahu berhabis duit untuk majlis perkahwinan anaknya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button