Politik

Mereka nak gunakan kita lawan politik dalam UMNO – Anwar Ibrahim

PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap rakaman perbualan telefon bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi seperti sengaja digunakan untuk melawan politik dalam UMNO.

Menurut Anwar, dia sudah mengarahkan supaya satu laporan polis dibuat untuk menyiasat penyebaran perbualan video tersebut.

“Saya nak sebut.. ini nak gunakan kita nak lawan politik dalam UMNO, nak gunakan kononnya perbualan saya dan Datuk Seri Zahid untuk politik BERSATU nak menikam pimpinan UMNO.

“Ini bukan kerja saya. Sebab itu saya akan arah pegawai saya buat laporan polis, biar dia (polis) siasat siapa yang punca,” katanya ketika berucap melancarkan bilik operasi PKR di Selangor malam tadi.

Semalam, tular rakaman suara yang didakwa perbualan antara Zahid dan Anwar berkenaan pendirian menteri dalam UMNO yang tidak berani untuk meletakkan jawatan.

Zahid pada semalam juga telah menafikan rakaman audio tersebut dan menganggap itu sebagai satu fitnah politik.

Dalam pada itu, Anwar turut memberitahu yang taktik fitnah menggunakan rakaman suara itu menunjukkan betapa gundah gulananya pimpinan negara ketika ini.

“Ia menunjukkan betapa gundah-gulananya pimpinan negara ini mencari apa saja tipu helah, ugut, beri orang rasuah, tak makan (rasuah), maka dia sebarkan fitnah.

“Ini bukan taktik baharu, tapi lama. Kita harus matang dan merdeka. saya percaya Kita kena hadapi dengan berani.

“Ini tidak akan menggugat usaha kita untuk mencabar mereka dan mendedahkan penipuan, rasuah dan penyelewengan serta ketakutan mereka untuk menghadapi rakyat,” katanya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button