Hiburan

Berbulan madu di Sabah, polis akan panggil Risteena Munim, Isa Khan untuk beri kenyataan

POLIS akan memanggil pasangan selebriti yang tular di laman sosial kerana didakwa merentas negeri dan pergi berbulan madu di Sabah.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, setakat ini pasangan tersebut masih berada di Sabah dan akan dipanggil memberi kenyataan sebaik tiba di Semenanjung.

“Pada 20 Mac lalu kira-kira pukul lima petang, seorang lelaki berusia 27 tahun telah datang ke Balai Polis Setapak untuk memohon kebenaran rentas negeri ke Sabah bagi tujuan urusan perniagaan.

“Pemohon juga telah mengemukakan surat arahan menjalankan tugas oleh syarikat.

“Berdasarkan dokumen tersebut, kita telah meluluskan permohonan rentas negeri yang bermula 21 Mac lalu hingga esok,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ashari, pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci sekiranya pasangan ini didapati memberikan keterangan palsu untuk merentas negeri.

Ujarnya, jika didapati bersalah, tindakan akan diambil di bawah Seksyen 22(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Sebelum ini, pasangan selebriti Risteena Munim dan Isa Khan yang baru berkahwin kira-kira dua minggu lalu telah memuat naik gambar mereka berbulan madu di Sabah.

Gambar dan video yang dimuat naik di media sosial itu telah menyebabkan netizen mempertikai kebenaran rentas negeri yang diberikan kepada mereka.

Namun, Risteena menerusi akaun Instagram miliknya memberitahu yang mereka ke Sabah atas tujuan kerja dan bukan pergi berbulan madu semata-mata.

Beberapa minggu sebelum itu, pasangan Instafamous juga telah dipanggil oleh polis kerana memuat naik gambar menyambut ulang tahun perkahwinan mereka di Johor.

Pasangan itu memberitahu mereka ke Johor atas alasan kerja namun siasatan polis mendapati keterangan yang diberikan adalah palsu.

Susulan itu, pasangan tersebut telah dikenakan kompaun sebanyak RM10,000. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button