Nasional

Johari Ghani bagi sumbangan kepada penduduk Flat Kg Padang, Kg Bharu

BEKAS Menteri Kewangan 2, Datuk Seri Johari Abdul Ghani telah menyampaikan bantuan Covid19 – 3.0 kepada penduduk flat PKNS Kampung Padang dan Kampung Bharu dalam parlimen Titiwangsa.
Katanya, bantuan itu memang tidak dapat menyelesaikan keseluruhan masalah kewangan yang dihadapi, tetapi setidak-tidaknya ia dapat membantu mengurangkan sedikit beban tanggungan keluarga masing-masing.
“Semoga bantuan kecil ini dapat mengurangkan sedikit belanja dapur yang dihadapi mereka sewaktu wabak Covid19 masih lagi belum berakhir ini.
“Bantuan Covid19 ini merupakan bantuan yg dilakukan secara berterusan semenjak PKP pertama tahun lalu sehingga hari ini,” katanya dalam hantaran di Facebook.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button