Ghazal Party, Che Puteh Hashim yang semakin dilupakan
Ghazal Party sememangnya popular dikawasan utara sebut sahaja peminat orang kampong sedikit masa lalu dimana mereka sering dijemput dimajlis kenduri kawin di kampung.
Bagaikan pesta kampung waktu malam di rumah tuan rumah di halaman para penduduk menyaksikan persembahan Ghazal Party.
Ghazal Party Fajar Irama Sungai Bakau sinonim pada masa tersebut. Disinilah bermula Chek Putih Hashim bergerak aktif bersama rakannya.
“Saya mula berjinak ketika berumur 16 tahun. Bermain ghazal party sehingga di hari ini umur kini 70 tahun. Minat saya apabila sering dengar nyanyian Bekas Biduanita Mesir Umi Kalthom yang popular lagu lagu nya serta muzik nya ala arab sesuai irama padang pasir langsung berminat tubuh ghazali party,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Sebelum Covid-19 tular, kata Che Puteh, dia sentiasa berkerja sama dengan Omar Hashim penggiat seni boria dan ghazal dikawasan utara serta sering berganding bahu bersama anggota lain.
“Kami sering dijemput majlis keraian dan rancangan tv habis seluruh negara termasuk Sabah dan Singapura
“Dulu masih sihat sekarang guna kan kerusi roda untuk bergerak tetapi ramai yang tolong tidak jadi penghalang sebagai penghibur peminat ghazal party,” katanya.
Lagu lagu irama padang pasir sambil dengan gesekan biola di antaranya Allabaladin menjadi hit setiap kali dimain lagu sering dipinta selain lagu Selimut Putih.
“Kenangan manis dan kenangan duka tahun 2011 rumah saya duduki terbakar habis sehelai sepinggan termasuk alat alat muzik ghazal party musnah sama sekali dalam kesekelip mata,” ceritanya.
Tetapi Kak Putih dapat duduki perumahan rakyat toh jabit disini dengan sewa 100 sebulan.
“Datuk Abu Bakar banyak tolong dari rumah terbakar sehingga duduk sini,” katanya.
Mengenai ghazal party di utara ada penari dan pelawak mereka pernah sepentas pelawak arwah Maiddin, Pie dan Harun Kastila
Perjalanan sebagai pengiat seni ghazal party banyak penghargaan diterima di peringkat negeri dan pertubuhan bukan kerajaan.
Kini anak didik beliau Helmi Daly bakal pengganti bila sudah tiada supaya ghazal party tinggal nama sahaja .
“Selagi ada hayat dikandung badan kak putih akan perjuangan ” katanya
Foto/teks Malek Aslie