Nasional

SPR pamer rang daftar pemilih tambahan suku tahun keempat 2020

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) akan melaksanakan urusan pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) bagi ST4/2020 selama 14 hari mulai 27 Januari ini sehingga 9 Februari 2021 di 910 tempat pameran RDPT ST4/2020 di seluruh negara.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata,  RDPT ST4/2020 kali ini mengandungi 85,358 permohonan pendaftaran pemilih baru daripada warganegara yang layak.

Dan 31,162 permohonan pertukaran bahagian pilihan raya daripada pemilih berdaftar yang telah memohon dalam tempoh antara 1 Oktober hingga 31 Disember 2020, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, semakan RDPT ST4/2020 boleh dibuat melalui beberapa kaedah semakan seperti berikut:

(a) Hadir ke 910 tempat pameran RDPT ST4/2020 di seluruh negara dan mengimbas Kod QR bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen yang diletakkan; atau

(b) Melayari portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri (Rujuk Lampiran A); atau 2
(c) Hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan dan menyemak buku RDPT ST4/2020 yang disediakan.

“Semua pemohon dinasihatkan untuk menyemak nama mereka dalam RDPT ST4/2020. Sekiranya pemohon mendapati namanya tidak disenaraikan dalam RDPT ST4/2020, mereka boleh membuat TUNTUTAN melalui Borang B,” ujarnya.

Tambah beliau, bagi pemilih-pemilih berdaftar di satu-satu bahagian pilihan raya yang hendak membuat BANTAHAN ke atas kemasukan nama mana-mana orang di dalam RDPT ST4/2020 dalam satu-satu bahagian pilihan raya, boleh berbuat demikian dengan mengisi Borang C.

“Borang B dan Borang C boleh dimuat turun dari portal PejabatPejabat Pilihan Raya Negeri dan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pemilih (Pengarah Pilihan Raya Negeri) bagi kawasan pendaftaran yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja sepanjang tempoh pameran RDPT itu diadakan.

“Semasa tempoh Pameran RDPT ST4/2020, SPR juga mempamerkan nama-nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada daftar pemilih kerana telah meninggal dunia atau hilang taraf kewarganegaraan atau apa-apa sebab berdasarkan kepada Peraturan 10 dan 25(2) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002,” katanya dalam kenyataan yang sama.

Sebarang pertanyaan mengenai pameran RDPT ST4/2020 boleh menghubungi talian hotline SPR di 03-8892 7018 atau mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri. Pemohon juga boleh melayari portal SPR di https://pengundi.spr.gov.my/ atau aplikasi MySPR Semak untuk membuat semakan. – SM

(Visited 222 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button