BeritaPendidikan

UniMAP tumpu TVET, pastikan kualiti akademik unggul

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah menetapkan objektif bagi ‘Teras Strategik Akademik 2025’ yang memberi tumpuan kepada penawaran program TVET yang unggul, pengajaran dan pembelajaran berteraskan ‘Industry4WRD’ dan memastikan kualiti akademik yang utuh.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menerima kunjungan sembah mengadap oleh Pengarah Pemasaran J&T Express, Billy Liu Tao dan Pengurusnya, Zhao ZiBorg di Pejabat Tuanku Canselor, Bangunan Canselori UniMAP kampus induknya di Pauh Putra, Perlis baru-baru ini.

Menurut Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Canselor UniMAP, antara inisiatif yang dirancang malah sudahpun dilaksanakan termasuklah menerapkan elemen keusahawanan berasaskan teknologi dalam kurikulum, mengukuhkan kurikulum dengan elemen Industry4WRD, mewujudkan ‘industry on campus’ dan sebagainya.

Tambah Tuanku Raja Muda lagi, ‘Selain aspek kurikulum, bagi perancangan jangka panjang, pihak pengurusan UniMAP mensasarkan nisbah pelajar program teknologi berbanding pelajar program kejuruteraan pada 2025 mencapai 70:30 melalui gabungan antara penambahbaikan kurikulum, bilangan dan jenis program, serta sasaran pelajar.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button