Luar Negara

7 maut 7 cedera ditikam lelaki di wilayah Liaonin, China

TUJUH maut manakala tujuh lagi cedera ditikam seorang lelaki bersenjatakan sebilah pisau dalam kejadian amuk di bandar Kaiyuan, wilayah Liaoning, China, semalam. Media kerajaan melaporkan, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 8.14 pagi waktu tempatan.

Menurut laporan media kerajaan itu lagi, penyerang itu kemudiannya berjaya ditahan di sebuah rumah mandi dalam wilayah yang sama.

Pejabat keselamatan awam Kaiyuan dalam laman Weibonya memberitahu bahawa pihak berkuasa sudahpun memulakan siasatan.

Untuk rekod, serangan sedemikian adalah kejadian yang agak biasa berlaku di China di mana di negara yang mengharamkan senjata api.

Seranngan rambang dilakukan oleh individu berang yang menganggap diri mereka menjadi mangsa ketidakadilan serta bertindak membalas dendam terhadap masyarakat.

Pada Februari 2019 lalu, lapan maut dan tujuh cedera di sebuah kampung di timur laut China apabila seorang lelaki mengesyaki isterinya berzina.

Terdahulu, pada April 2018, seorang lelaki berusia 28 tahun yang bersenjatakan pisau telah membunuh sembilan pelajar kolej dan mencederakan 12 yang lain di luar sebuah sekolah di utara wilayah Shaanxi.

Penyerang itu kemudiannya berkata, dia berbuat demikian untuk membalas dendam selepas diganggu seorang pelajar di sekolah yang sama. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button