Mungkin akan sekatil, Kit Siang perlu henti label UMNO kleptokrat
PENASIHAT DAP, Lim Kit Siang perlu berhenti melabelkan UMNO sebagai parti kleptopkrat kerana mereka mungkin akan sekatil.
Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, malah Kit Siang kemungkinan masih sekatil dengan mereka.
“Hanya kerana disebabkan mereka tidak didakwa dan meninggalkan UMNO tidak bermakna mereka lebih bersih daripada UMNO,” katanya di twitter.
Walaupun bekas Ketua DAP Kelantan itu tidak menjelaskan dengan siapa Kit Siang bekerjasama, namun DAP termasuk Kit Siang pernah bekerja sama dengan beberapa pemimpin dan Ahli Parlimen dari UMNO yang meninggalkan parti itu untuk menyertai Bersatu.
Malah mereka pernah bersama-sama membentuk kerajaan Pakatan Harapan.
Sebelum itu, Kit Siang yang merupakan Ahli Parlimen Iskandar Puteri, dalam catatan di blognya, bertanya apakah “pemimpin kleptokratik UMNO” adalah musuh terburuk orang Melayu dan negara ini.
Kit Siang juga sering menggunakan label itu ketika menyerang bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.- SM