Hiburan

BCL hadir terapi akui sukar lupakan suami

FIGURA hiburan Indonesia, Bunga Citra Lestari mengakui sukar hadapi kesukaran malah ambil masa berbulan-bulan untuk menerima pemergian suaminya Allahyarham Ashraf Sinclair.

Oleh demikian, tidak mudah baginya untuk kembali aktif dalam bidang seni susulan pemergian suaminya yang juga dahulu merupakan seorang selebriti.

Selain itu, beliau juga meluahkan tidak mudah kehidupan sehariannya dalam tempoh 10 bulan tanpa suami di sisinya.

Malah Bunga atau BCL baru-baru ini turut mendedahkan terpaksa menjalani sesi terapi kerana begitu sukar baginya menghadapi dugaan kehilangan suami.

“Saya menangis setiap hari dan terpaksa menghadiri sesi terapi untuk mendapatkan semula kekuatan.”

Demikian luahannya dalam temubual bersama stesen televisyen di negara itu.

Terdahulu, Allahyarham Ashraf meninggal dunia pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung dipercayai akibat daripada senaman berat yang dilakukannya.

BCL yang ketika itu baharu pulang daripada sesi fotografi terkejut apabila suaminya tidak menyedarkan diri dan menganggap Allahyarham tidur terlalu lena ketika dipanggil.

Meskipun nampak kembali mempunyai kekuatan sejak kebelakangan ini namun BCL sebaliknya memberitahu masih menangis sehingga hari ini pada setiap hari.

Kemudian, BCL berkata, lagu terbaharunya iaitu 12 Tahun Terindah yang berkisar tentang kehidupannya bersama Allahyarham suaminya sebagai permulaan untuk kembali kuat.

Sebelum ini, BCL dan Allahyarham mendirikan rumah tangga hampir 12 tahun, malah perkahwinannya pada 8 November 2008 itu mendapat perhatian media dari Indonesia dan Malaysia.

Namun, jodoh mereka tidak panjang apabila Allahyarham kembali ke rahmatullah pada 18 Februari lalu dan meninggalkan seorang anak Noah Aidan Sinclair yang berusia 10 tahun. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button