JIKA siapa percaya Azmin Ali dan Anwar Ibrahim sedang bergaduh, mereka perlu mendalami lagi kitab politik.
Boleh sesiapa beritahu apa puncanya Anwar dan Azmin ini bergaduh. Ribut tak ada tiba-tiba sahaja kedua-dua pemimpin itu bergaduh, hingga terbawa-bawa kepada kongres PKR minggu lalu.
Pergaduhan dua pemimpin PKR itu sebenarnya adalah drama yang digarap pada tahap aras tinggi bagi mengelirukan kawan dan lawan.
Drama itu sebenarnya mempunyai beberapa sebab pertamanya adalah untuk menguji pemimpin mana yang menyokong Anwar dan yang mana pula menentang beliau.
Kedua pula pergaduhan itu untuk melekakan pemimpin UMNO dan PH keseluruhannya bahawa parti berkenaan sedang bermasalah.
Azmin berpura-pura seolah-olah menyokong Tun Mahathir dan pada masa yang sama bergaduh dengan Anwar. Ini akan menyebabkan Mahathir terleka dengan sokongan itu dan begitu juga pemimpin UMNO yang gembira dengan situasi itu.
Sebenarnya Anwar hanya mahu mengenal pasti siapa dalam kalangan pemimpin PH yang menyokongnya dan memusuhinya, jadi apabila menjadi perdana menteri kelak senang untuk beliau bertindak.
Yang kasihannya para pengikutnya tidak tahu permainan aras tinggi ini hinggakan ada yang nyaris pecah kepala bergaduh.
Hishammuddin juga terperangkap apabila gembira bersama puluhan wakil rakyat UMNO masuk ke dalam perangkap yang dipasang oleh Azmin.
Mungkin telah ramai yang lupa bagaimana drama Anwar dan Azmin ketika Langkah Kajang dilakukan untuk membolehkan menteri besar selangor Khalid Ibrahim dipancung dan diganti dengan Azmin.
Awalnya kecoh Wan Azizah yang diletakkan, tetapi akhirnya Azmin yang diletakkan dan menang bagi membolehkannya dilantik menjadi menteri besar.
Jadi tambah lagi bertih jagung kita saksikan drama ini dan sama-samalah kita ketawa.
Ini antara petikan ucapan @zuraida_my semalam yang menjadi perbualan hangat sehingga ke hari ini. pic.twitter.com/5TrRJYB7dy
— Astro AWANI (@501Awani) December 9, 2019