Politik

Gambar atas kapal dengan Jho Low itu bukan Equanimity – Najib

GAMBAR bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bergambar bersama Jho Low akhirnya dijelaskan.

Antara penjelasan yang diberikan adalah, gambar tersebut diambil bukanlah dalam kapal mewah Equanimity seperti didakwa sesetengah pihak.

Malah, gambar tersebut juga merupakan satu pertemuan antara beliau dengan seorang Putera Raja Arab Saudi iaitu anak kepada Raja Abdullah.

“Semalam, ada rakyat yang tanya kenapa saya tak muat naik gambar saya dengan Jho Low di atas kapal?

“Okay saya upload sekarang tapi nak tanya: Jika Raja Arab Saudi baru beritahu kamu dia nak buat joint-venture antara Arab Saudi dengan Malaysia melalui syarikat milik anak dia.

“Anak dia jemput kamu untuk naik kapal untuk bincang, adakah kamu akan sambut jemputan itu?”

Demikian kata Najib Razak menyoal kembali netizen mengenai jemputan yang diterimanya dalam satu kenyataan dimuatnaik menerusi Facebooknya hari ini.

Tambahnya, kewujudan Jho Low dalam gambar itu juga adalah selepas beliau menerima pelawaan Raja Abdullah untuk bertemunya.

Menurut Najib, pertemuan dengan Raja Abdullah dan juga Putera Turki yang turut berada bersama baginda diadakan melalui Jho Low.

“Di sana, meeting kita yang sepatutnya 30 minit telah dilanjutkan ke 75 minit oleh Raja Abdullah.

“Baginda luahkan hasrat dia untuk memperluaskan kerjasama antara negara Arab Saudi dengan Malaysia termasuk untuk melahirkan syarikat joint-venture dalam pelbagai bidang.

“Lalu Putera Turki melalui Jho Low yang jemput saya naik kapal pada bulan Ogos untuk bincang hasrat ayahanda dia.

“Kapal itu bernama Alfa Nero. Ini bukan kapal Equanimity yang disalah sangka ramai.

“Di atas kapal tersebut, kita bincang tentang kerjasama ekonomi antara kedua negara kita termasuk kerjasama antara syarikat petroleum milik dia PetroSaudi dengan 1MDB,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button