Mahkamah

Perintah reman terhadap da’i selebriti disambung lagi

PENDAKWAH selebriti atau da’i yang berhadapan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, direman semula hari ini di bawah kesalahan seksual.

Dia turut disiasat di bawah Seksyen 353, Seksyen 377 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Keputusan sambung reman itu dibuat di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor, hari ini.

Terdahulu, lima laporan polis dibuat di Shah Alam terhadap pendakwah selebriti yang berusia 23 tahun itu.

Menurut peguam, reman terhadap pendakwah selebriti itu sehingga hari Ahad ini tetapi mengikut undang-undang, reman boleh dikurangkan selama lima hari.

“Mungkin reman akan disambung oleh balai polis lain di mahkamah lain.

“Dari segi makluman, dia sendiri tidak pasti polis akan buat siasatan atau tidak.

“Periksa dahulu betul atau tidak pertuduhan ke atas pendakwah selebriti dan pihak Shah Alam tak pasti dan saya ada bertanya kepada Pegawai Penyiasat, Anis Azwa,” katanya.

Da’i selebriti itu juga mempunyai satu kes yang disiasat di Petaling Jaya.

Peguam Syed Amirul Syed Idrus mewakili pendakwah atau da’i selebriti yang direman selama lima hari bermula esok, sehingga Ahad.

Siasatan kes kesalahan seksual ke atas da’i selebriti itu dibuat terhadapnya di Shah Alam.

Terdahulu, da’i selebriti itu telah sampai di Kompleks Mahkamah Shah Alam pada pukul 11 pagi dengan memakai baju berwarna hijau, baju yang sama dipakainya sebelum ini. – SM

(Visited 368 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button