Nasional
China utamakan Malaysia terima vaksin Covid-19
NEGARA China bersetuju untuk mengutamakan Malaysia sebagai negara yang awal meneruima vaksi Covid-19.
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Menteri Luar China, Wang Yi menyatakan komitmen itu semasa kedua-dua pihak mengadakan perbincangan.
Wang dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Malaysia dan kata sepakat itu penting untuk memastikan rakyat negara ini adalah yang paling awal untuk menerima vaksin tersebut.
Pada masa ini penularan wabak pandemik itu semakin buruk sehinggakan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya terpaksa diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Melihatkan situasi gelombang ketiga penularan wabak berkenaan hanya dapat diperangi habis-habisan apabila vaksin dicipta kelak.