Hiburan

Muat naik gambar penuh Datuk Siti Nurhaliza, ramai kata nampak ‘baby bump’

SEBENARNYA ini bukanlah kali pertama penyanyi terkemuka negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza didakwa sedang mengandung anak kedua.

Telahan itu bagaimanapun masih belum mendapat kepastian kerana penyanyi itu belum membuat sebarang pengumuman rasmi.

Hanya peminat dan netizen sahaja yang mendakwa bahawa penyanyi itu sedang mengandung berdasarkan keadaan fizikalnya kini.

Terbaharu, doktor selebriti, Dr. Say Shazril memuat naik sekeping gambar penuh bersama dengan penyanyi itu.

Siti menerusi akaun Instagram miliknya memang jarang memuat naik gambarnya secara penuh dan selalunya akan berada di paras bahu sahaja.

Menerusi gambar yang dimuat naik Dr Say itu, ramai peminat dan netizen yang menyatakan fizikal Siti nampak seperti seorang wanita mengandung.

Siti sebelum ini pernah menyatakan hasratnya untuk mendapatkan anak kedua sebelum usianya mencecah 43 tahun.

Pelantun Aku Bidadari Syurgamu itu juga baru-baru ini mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada sebarang aktiviti seni namun tidak mendedahkan sebab kenapa beliau berbuat demikian.

Siti berkahwin dengan usahawan, Datuk Seri Khalid Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan setelah 12 tahun penantian, pasangan itu dikurniakan anak perempuan, Siti Aafiyah yang kini berusia dua tahun.

Sementara itu, Dr Say memberitahu yang kehadirannya di situ adalah untuk mendapatkan teknik nyanyian memandangkan dia bakal keluar dengan single baharu. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button