NasionalPendidikan

Dua pelajar Malaysia cipta nama di New York Times

MANIS kenangan dicipta dua pelajar dari Sekolah Antarabangsa Beaconhouse Sri Inai apabila berjaya memahat nama di New York Times.

Cheryl Chow, 16, dan Teng Yee Shean, 17, berjaya melangkah ke Finalis Pertandingan Menulis Asia Pasifik New York Times 2019 edisi ke-10.

Pencapaian itu adalah suatu yang membanggakan dan bersifat patriotik apabila mereka mewakili Malaysia dalam pertandingan peringkat antarabangsa.

Cheryl dan Yee Shean antara 32 yang terpilih daripada 1,600 peserta dari 24 buah negara untuk melangkah ke peringkat akhir.

“Ketika kecil, saya masih ingat, saya suka pergi ke kedai buku, berada di sudut membaca dan asyik dengan buku.

“Perlahan-lahan, selama bertahun-tahun, saya memupuk semangat dan minat dalam bidang penulisan.

“Saya teruja untuk menyertai pertandingan menulis ini dan lebih-lebih lagi apabila mengetahui karya saya terpilih dan saya tersenarai sebagai salah seorang finalis.

“Ini adalah satu pencapaian bagi saya dan pastinya tidak sabar untuk lebih banyak peluang seperti ini.”

Kata Yee Shean yang mengenegahkan artikelnya, ‘Bumi di tangan kita’.

Sementara Cheryl pula mempertaruhkan artikel bertajuk ‘Untuk siapakah masa depan, anda atau saya?’. Kedua-dua artikel tersebut dicetak dalam buku kecil The New York Times.

Buku tersebut akan diedarkan di peringkat antarabangsa dan turut diterbitkan dalam platform digital.

“Apabila saya menyertai pertandingan ini, asalnya kerana saya menyukai topik tersebut dan sudah pasti The New York Times begitu dikenali.

“Saya menganggapnya sebagai salah satu cara untuk meluahkan pendapat dan diri saya sendiri mengenai topik yang sangat saya minati.

“Tetapi kini dipilih sebagai salah seorang finalis dalam kalangan beribu-ribu peserta lain adalah di luar jangkaan dan ia begitu mengujakan,” luah Cheryl.

Cheryl dikatakan sebagai seorang penulis muda berpengalaman apabila pernah menunjukkan kebolehannya dan dinobat sebagai peserta teratas keseluruhan di Mangahigh East Asia Maths Ninja Challenge 2019.

Beliau berjaya menewaskan lebih lebih 14,000 pelajar dari Jepun, China, Korea, Singapura dan seluruh Asia.

Sementara itu, Pengetua Eksekutif Beaconhouse Sri Inai. Nicki Coombs, menganggap pencapaian ini amat membanggakan kerana ia merupakan penyertaan kali pertama mereka.

Pertandingan tersebut disifatkannya sebagai cukup sengit kerana melibatkan penyertaan yang ramai dari seluruh dunia.

“Prestasi hebat kanak-kanak ini adalah bukti pendekatan pengajaran holistik dan inovatif kami dan merupakan sistem terbaharu dalam siri pencapaian menarik oleh pelajar-pelajar Beaconhouse.

“Kami benar-benar bangga dengan  Cheryl dan Yee  Shean,” ujarnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button