Rencah Hidup

Jika menang saman Siti Kasim, Firdaus sumbang semua pampasan

Pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung berniat untuk menyumbangkan kesemua wang pampasan yang diterima jika menang saman fitnah terhadap Siti Kasim.

Firdaus berkata, dia tidak akan mengambil sesen pun wang jika menangi kes ke atas peguam berkenaan.

Menurut Firdaus, dia bertindak menyaman Siti Kasim kerana mahu mempertahankan hak dan maruah orang Islam

Katanya, cukuplah selama ini beliau berdiam diri dengan segala kenyataan yang dilemparkan terhadap beliau.

“InshaAllah andai menang saman fitnah nanti, 100 peratus dari pampasan akan disalurkan kembali kepada dakwah dan kebajikan!

“Sesen pun saya tidak akan ambil kerana tujuan saman fitnah bukan kerana mahukan duit tetapi cukuplah Muslim berdiam diri selama ini. Kita perlu mempertahankan hak dan maruah kita mengikut al-Quran dan sunnah serta lunas undang-undang negara!” kata Firdaus.

Perbicaraan saman fitnah itu akan bermula esok hingga 30 September. Firdaus meminta para pengikut di Facebooknya mendoakan agar kes tersebut berjalan lancar.

Sementara itu Siti Kasim di Facebooknya turut meminta para pengikutnya berdoa agar kemenangan berpihak kepada kebenaran.

“Dan Plaintif jelas berani pergi esok …

“Daripada mendoakan saya, saya meminta anda semua untuk berdoa agar kemenangan berpihak kepada kebenaran,” kata Siti Kasim.

Pada Julai lalu media melaporkan pendakwah Islam, Firdaus memfailkan saman sebanyak RM2 juta terhadap peguam dan aktivis sosial kontroversi, Siti Zabedah Kasim atau Siti Kasim.

Jelas Firdaus, tindakan yang dibuat atas nasihat peguamnya itu selepas Siti Kasim didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah yang dibuat menerusi akaun Facebooknya.

“Atas nasihat peguam, saman fitnah RM2juta difailkan terhadap Puan Siti Zabedah Kasim atas kenyataannya di Facebook yang berbaur fitnah terhadap saya,” kata Firdaus.

Pada Jun lalu, kedua-dua individu yang boleh dianggap sebagai pengguna media sosial yang berpengaruh dalam kalangan masyarakat di alam siber, saling menjawab cabaran mengenai debat antara mereka berdua di laman Facebook masing-masing.

Cabaran debat itu dibuat oleh Siti Kasim melalui ruangan komen dalam hantaran yang ditulis oleh Firdaus Wong di Facebook beliau berkaitan berita yang diterbitkan oleh National Evangelical Christian Fellowship of Malaysia (NEFC) mengenai misi pertubuhan itu terhadap masyarakat Orang Asli.

Sehubungan itu, Firdaus berkata, beliau tidak akan berdiam diri lagi selepas diserang individu terbabit dan sudah sampai masa untuk mengambil tindakan mahkamah keharmonian negara berdasarkan Rukun Negara serta nilai ketimuran terus terjaga. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button