Bola SepakSukan

Mourinho bawa Bale pulang ke pangkuan Tottenham

GARETH Bale melengkapkan kepulangan beremosi ke Tottenham selepas Jose Mourinho bertanggungjawab membawanya pulang ke kelab lamanya itu, hari ini.

Pemain antarabangsa Wales itu telahpun menyatakan persetujuan berhubung terma perjanjian pinjaman jangka panjang selama setahun dan Sportsmail difahamkan perjanjian itu bernilai lebih 13 juta pound (RM69 juta).

Jumlah tersebut dikatakan turut ditanggung bersama Real Madrid dan Bale pula melihat prospek untuk kembali memulihkan kariernya bersama kelab yang telah menaikkan statusnya sebagai bintang ternama.

Setakat ini, masih belum ada petunjuk bila Tottenham, yang akan berdepan Lokomotiv Plovdiv dalam saingan Liga Europa, awal pagi esok, membuat pengumuman rasmi, tetapi ia akan dilakukan sebaik beberapa isu terpencil berhubung kontrak dapat di tangani.

Kepulangan Bale ke London Utara, selepas tujuh tahun dia dijual kepada Real menerusi perpindahan yang mencatat rekod dunia sebanyak 90 juta pound (RM480 juta), membawa kepada sentimen bahawa langkah yang diambil oleh pengurus Tottenham, Mourinho dirasakan amat mustahak selepas kekalahan 0-1 kepada Everton, Ahad lalu.

Mourinho menegaskan, bahawa Tottenham memerlukan Bale bagi menghidupkan jentera serangan pasukan dan rundingan dipercepatkan selepas berbincang dengan pengerusi, Daniel Levy. Difahamkan, tiada seorangpun pemain yang akan meninggalkan pasukan.

Selain, rundingan untuk khidmat Bale, Tottenham juga terlibat dalam satu lagi perpindahan ke atas bek kiri Real, Sergio Reguilon yang turut dikaitkan dengan Manchester United, hari ini.

Pemain itu dijangka menjalani pemeriksaan kesihatan dan menandatangani perjanjian selama lima tahun, dengan Tottenham akan membayar yuran perpindahan sebanyak 27 juta pound (RM144 juta).

Mourinho masih mahu berselindung apabila dia ditanya tentang sejauh mana rundingan untuk membawa pulang Bale ke London.
Walaupun pada awalnya mengisyaratkan dia tidak akan memberi komen, warga Portugal itu akhirnya mengungkapkan kekagumannya terhadap bintang Wales tersebut dan mengakui betapa dia ingin mendapatkan pemain itu.

“Saya cuba menandatanganinya untuk Real Madrid yang mana ia tidak mungkin berlaku sewaktu saya menerajui pasukan itu. Tetapi presiden akhirnya mengikut gerak hatinya serta memanfaatkan apa yang saya tahu dan sewaktu musim saya meninggalkan pasukan itu dia telah membawa Gareth menyertai kelab

“Memang tiada rahsia mengenai perkara itu, malah Gareth tahu mengenainya. Tetapi saya tidak akan mengulas lanjut kerana dia masih pemain Real Madrid,” kata Mourinho pada sidang akhbar, semalam. – Daily Mail UK – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button