Politik

Hadi yang terawal tanda tangan SD sokong Muhyiddin

PRESIDEN Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Ahli Parlimen pertama menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Tindakan Abdul Hadi itu disusuli dengan rakan-rakan lain daripada parti dalam gabungan Perikatan Nasional (PN)  ketika majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Februari lalu.

Hasil daripada sokongan itu membolehkan Muhyiddin dilantik sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac lalu setelah mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.
Dalam ucapan ketika menutup Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran Perikatan Nasional (PN) malam tadi, Muhyiddin mengakui dan menghargai sokongan Abdul Hadi dan rakan-rakan yang lain itu.

 

“Mereka dijemput oleh Al-Sultan Abdullah ke istana (Istana Negara) untuk tanda tangan SD dan saya nak bagi tahu SD pertama yang dibuat adalah daripada Haji (Abdul) Hadi sendiri.

“Orang lain belum buat (SD) dia dah buat dulu. Letak nama saya dalam kertas SD pertama,” katanya.

Menurut Muhyiddin, pelantikannya sebagai Perdana Menteri dibuat dengan sokongan ahli Dewan Rakyat daripada 12 parti politik tanpa sebarang komplot.

“Saya sendiri pun tidak menjangka menjadi Perdana Menteri. Tetapi oleh kerana berlakunya krisis politik agak rumit ketika itu, rakan pimpinan parti yang membentuk kerajaan PN hari ini mencadangkan nama saya sebagai Perdana Menteri.

“Tak ada komplot. Tak ada skema politik luar biasa untuk ambil alih atau jatuhkan seseorang,” katanya.

Sebab itu kata Muhyiddin berkata, kerajaan PN tidak mempunyai manifesto kerana ia dibentuk ketika krisis politik.

Yang penting kata beiau adalah mengutamakan tanggungjawab kepada rakyat.

“Walaupun tiada sebarang aku janji, ia tidak bermakna saya boleh lakukan apa saja yang saya suka.

“Saya bertanggungjawab kepada rakyat. Menteri yang saya lantik juga bertanggungjawab kepada rakyat. Jika kami gagal memikul amanah kepada rakyat dengan baik, kami akan dipersoalkan oleh rakyat,” katanya. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button