Saksi pendakwa sakit, kes Ahmad Zahid ditangguhkan
PROSIDING sambung bicara saksi pendakwa ke-90 yang tampil memberi kenyataan semalam di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mejar Mazlina Mazlan berkaitan dengan kes membabitkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya bersambung hari ini.
Mejar Mazlina yang belum habis disoal oleh barisan pendakwa semalam, sepatutnya sambung memberi kenyataannya di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah tetapi tidak hadir.
Mejar Mazlina cuti sakit dan mesej yang disampaikan oleh saksi itu melalui aplikasi WhasApp kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).
TPR Ahmad Sazeele Abdul Khairi memohon maaf di atas perkara ini dan memberitahu mahlamah, sijil cuti sakit original Mejar Mazlina akan dikemukan kepada mahkamah kelak.
Barisan pendakwa tidak mempunyai saksi lain untuk ditampilkan hari ini.
Justeru mahkamah memutuskan Mejar Mazlina akan dipanggil pada Jumaat ini.
Setakat ini 90 orang saksi pendakwa tampil memberi keterangan berkaitan pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Sehingga semalam prosiding perbicaraan berjalan selama 37 hari.
Daripada 90 saksi, enam saksi dipanggil semula setelah pihak pendakwaan meminda 12 pertuduhan terhadap Ahmad Zahid.
Sehingga semalam, dua saksi dipanggil semula iaitu Faisulludin Mohamat Yusuff, salah seorang pemegang amanah Yayasan Al- Falah dan
Nabil.
Kes perbicaraan akan bersambung Jumaat ini. – SM