Bola SepakSukan

Liverpool, City berebutkan Traore

WOLVES bersedia menjual penyerang lincah, Adama Traore selepas pengurus, Nuno Espirito Santo dimaklumkan untuk mencari dana tambahan perpindahan.

Kelab itu yang dimiliki, Fosun International yang membeli Wolves pada 2016 ditimpa masalah kewangan ekoran pandemik Covid 19 dan terpaksa berjimat cermat.

September lalu, sebelum wabak corovirus melanda dunia, konglomerat China itu telah berunding untuk mendapatkan pinjaman sebanyak 50 juta pound (RM273 juta) menerusi pendapatan siaran TV berikutan aliran simpanan tunai Molineux semakin berkurang.

Nuno yang menerajui Wolves menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tempat ketujuh sedar dia perlu menjual pemainnya sebelum melakukan pembelian.

Pengurus itu terdesak untuk mengekalkan penyerang Raul Jimenez, tetapi bersedia mendengar sebarang tawaran untuk pemain kesayangan peminat, Traore yang baru sahaja dipanggil skuad Sepanyol untuk perlawanan Liga Bola Sepak Negara-Negara Eropah.

Kelab itu berharap Liverpool dan Manchester City yang menyatakan minat terhadap penyerang tersebut membuat bidaan dengan harga yang lumayan untuk khidmat pemain berusia 24 tahun itu.

Juara bertahan, Liverpool dan naib juara, City melihat Traore yang merupakan antara pemain terpantas dalam Liga Perdana, sebagai pemain yang mampu menghadirkan impak.

Traore memulakan kariernya bersama Barcelona sebelum berpindah ke Aston Villa dan Middlesbrough. Dia kemudiannya menyertai Wolves menerusi harga perpindahan bernilai 18 juta pound (RM98 juta), dua tahun lalu.

Wolves kini menilai pemain itu dua kali ganda daripada harga ketika dia dibeli dan percaya mereka telahpun memiliki pengganti di bahagian sayap, Daniel Podence yang mempamerkan prestasi mengagumkan sejak berpindah dari Olympiacos, Januari lepas. – Mirror UK – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button