Politik
Mahkamah tolak permohonan 33 ADUN Sabah
PERMOHONAN 33 Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah untuk mendapatkan kebenaran samakan kehakiman terhadap keputusan Yang Dipertua Negeri membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 30 Julai lalu ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.
Ini bermakna Pilihanraya Negeri Sabah (PRN) akan diteruskan.
Memetik laporan BERNAMA keputusan itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman Leonard David Shim.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baru-baru ini menetapkan 26 September ini untuk pilihan raya negeri (PRN) manakala hari pencalonan pula pada 12 September. – SM