Hiburan

Orang hanya nampak salah saya – Nabila Razali

SEBELUM ini nama Nabila Razali menjadi panas disebabkan isu ‘terkucil’ ketika menyanyikan lagunya sendiri secara langsung di sebuah siaran televisyen.

Ramai yang memberi komen negatif kepada Nabila hingga penyanyi itu terpaksa mengambil masa selama sehari untuk mendapatkan semula semangatnya.

Baru-baru ini, nama Nabila naik lagi selepas dikatakan sebagai tidak profesional ketika hadir di sebuah stesen radio swasta.

Ketika sedang ke udara di stesen radio berkenaan, Nabila didakwa telah menjawab panggil stesen radio lain.

Nabila mengakui dia sendiri tidak tahu perbuatannya itu memberi kesan kepada pihak berkenaan.

BACA> Isu pukul: Loca B sudah maafkan Tuju K-Clique

“Saya sebenarnya enggan nak mengulas panjang berkenaan perkara ini kerana apa juga kesilapan, kita boleh bincang.

“Saya manusia yang banyak buat silap. Mungkin ada perbuatan yang saya rasa tak salah, tapi salah di mata orang.

“Namun apa yang ingin ditegaskan, kalau ada benda yang saya buat tak kena, boleh jumpa saya dan jangan dijadikan bahan cerita,” katanya.

Menurut Nabila, jika ada hati yang terguris dengan perbuatannya itu, dia meminta maaf.

Malah, dia juga berharap apa sahaja kesilapan elok dibincang terlebih dahulu dan bukannya terus membawa cerita ke pihak umum.

BACA> Bagi markah rendah, netizen minta Ajai digugurkan sebagai juri

“Saya manusia yang banyak buat silap. Menyanyi pun ‘terkucil’. Ada perkara yang saya sendiri tidak tahu salah.

“Kalau perkara itu berlaku, bolehlah bercakap terlebih dahulu dengan saya sebab apa yang berlaku sekarang lebih kepada peribadi dan bukan mengenai kerja,” jelasnya. -SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button