Nasional

Raja Muda Perlis berangkat ke Majlis Genap 150 hari Perlis mengaji


Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menghadiri ‘Majlis Genap 150 Hari Siaran Perlis Mengaji’ yang diadakan di Dewan Tuanku Syed Faizuddin Putra Kompleks Islam Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) di Kangar semalam.

Keberangkatan tiba baginda merangkap Tuanku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) disambut oleh Pengarah JAIPs Dr Hazman Hassan.

Turut hadir, Mufti Perlis Datuk Ariff Perkasa Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Menurut Dr Hazman, program ‘Perlis Mengaji’ telah bersiaran melalui aplikasi facebook secara terus menerus dari 18 Mac 2020 sehingga genap 150 hari pada 18 Ogos 2020 dan telah berjaya memanfaatkan bukan sahaja masyarakat Perlis, malah di luar negeri ini sepanjang tempoh berkenaan.


Inisiatif itu diperkenankan oleh Tuanku Raja Muda Perlis sebagai usaha melestarikan pengajian ilmu susulan rakyat diarahkan menghadkan pergerakan khususnya pada peringkat permulaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Antara yang dilaksanakan di bawah program ‘Perlis Mengaji’ secara atas talian ialah kuliah-kuliah agama, Kelas Sekolah Agama Petang Perlis (SAPPs), tilawah al-Quran dan lain-lain lagi.”

(Visited 101 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button