Politik

Isham bidas Guan Eng: Najib pernah tidur dalam lokap SPRM

Bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah tidur dalam lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor Isham Jalil membidas Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng apabila mendakwa ‘menteri kewangan sebelumnya’ tidak perlu bermalam walau satu malam pun dalam lokap.

“Najib pernah disumbat dan tidur lokap SPRM pada 19 September 2018. Zahid Hamidi juga pernah tidur lokap SPRM pada 18 Oktober 2018.

“Saya sendiri dan rakan-rakan berada di luar bangunan SPRM pada kedua-dua malam tersebut menuntut pembebasan Najib dan Zahid. Bukti video pun ada,” kata Isham.

Dalam Facebooknya, Guan Eng mendakwa terpaksa menukar pakaian ke baju oren lokap SPRM, tidur malam beralaskan lantai papan bilik lokap yang sempit tanpa bantal mahupun tilam.

Guan Eng berkata, dia tidak bernasib baik seperti ‘menteri kewangan sebelumnya’ yang tidak perlu bermalam walau satu malam pun dalam lokap.

Dalam hantaran itu, Guan Eng mempersoalkan adakah layanan berbeza yang diterimanya dengan ‘menteri kewangan sebelumnya’ merupakan satu bentuk pilih kasih atau tidak. Menteri Kewangan sebelum Guan Eng adalah Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya terpaksa menukar pakaian ke baju oren lokap SPRM, mengharungi tidur malam beralaskan lantai papan bilik lokap yang sempit (tanpa bantal mahupun tilam), dan tidak bernasib baik seperti Menteri Kewangan sebelum saya yang tidak perlu bermalam walau satu malam pun dalam lokap.

“Sama ada ini satu bentuk pilih kasih atau tidak, hanya SPRM yang boleh menjawabnya,: kata Guan Eng seperti yang ditulis dalam Facebooknya.

Bekas perdana menteri itu pernah bermalam sebanyak dua kali di lokap SPRM Putrajaya.

Pertama kali pada 3 Julai 2018. Media melaporkan Najib ditahan di lokap Ibu Pejabat SPRM sementara menunggu pertuduhan di Mahkamah Kuala Lumpur pada keesokan hari ini. Kenderaan yang membawa Najib tiba pukul 4 petang di ibu pejabat SPRM Putrajaya.

Najib telah ditahan di kediamannya di Jalan Langgak Duta, jam 2.35 petang. Tangkapan dibuat terhadap Najib dibuat berkaitan SRC International Sdn Bhd.

Pada 19 September, Najib sekali lagi bermalam di lokap SPRM Putrajaya. Dia ditahan kira-kira pukul 4.13 petang di ibu pejawat SPRM berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kemasukan wang RM2.6 billion ke akaun peribadi beliau.

Najib kemudian dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kira-kira pukul 3 petang esoknya untuk pertuduhan.-SM

 

 

 

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button