Politik
Amanah pecat Adun Sabak
Lembaga Tatatertib Amanah semalam memutuskan untuk memecat keanggotaan Adun Sabak di Selangor, Ahmad Mustain Othman, atas faktor disiplin.
Setiausaha Agung Amanah, Dr Mohd Hatta Ramli, berkata tindakan tersebut diambil selepas Ahmad Mustain didapati melanggar Fasal 21.12 Perlembagaan Amanah.
“Pemecatan ini selaras dengan Fasal 21.8 Perlembagaan Amanah yang memberi kuasa kepada lembaga tatatertib untuk memecat mana-mana anggota yang didapati melanggar disiplin dan arahan parti,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.