Luar Negara

Cacing 1.5 inci hidup dalam tonsil wanita, selepas makan sashimi

SEORANG wanita Jepun berusia 25 tahun tidak menyangka kerengsaan tekak yang dialaminya merupakan petanda terdapat seekor cacing sepanjang 1.5 inci hidup di dalam tonsilnya.

Semuanya berpunca daripada sahshimi iaitu hidangan laut yang dihidangkan secara mentah-mentah yang dimakannya seminggu lalu.

Pada mulanya dia menyangkakan kerengsaan yang dialaminya adalah alahan biasa. Namun dek kerana tidak tahan kesakitan yang amat sangat dia menemui doktor di Hospital Antarabangsa St. Luke di Tokyo.

Doktor yang memeriksanya terkejut apabila mendapati terdapat cacing hitam sepanjang 1.5 inci atau 38 millimeters yang masih hidup di tongsilnya.

Kajian terhadap DNA cacing itu, mendapati ia merupakan larva parasit pseudoterranova azaras tahap empat atau cacing gelang.

Wanita Jepun itu dilaporkan sihat selepas cacing gelang berkenaan tersebut dibuang dari tonsilnya dalam satu pembedahan.

Parasit berkenaan memasuki dan hidup di dalam badan manusia atau haiwan yang memakan ikan dan hidupan laut lain tanpa dimasak.

Menurut kajian penyakit tersebut yang dikenali sebagai anisakiasis kini semakin meningkat di negara barat kerana makanan laun mentah kini menjadi semakin popular di wilayah berkenaan.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button