Hiburan

Won Bin tolak tawaran drama dengan bajet RM230 juta

NAMPAKNYA peminat kepada aktor Korea Selatan, Kim Won Bin terpaksa menunggu lebih lama untuk melihat pelakon mereka beraksi dalam drama mahupun filem.

Ini berikutan hasrat Won Bin yang mengatakan dia belum terbuka untuk berlakon biarpun menerima tawaran daripada drama yang mempunyai bajet setinggi RM230 juta.

Menurut sumber di dalam industri, Won Bin sebenarnya sudah memulakan perbincangan dengan produksi tersebut pada awalnya.

Malah, pertemuan itu dianggap sesuatu yang luar biasa dan mampu memberi kejutan terutamanya kepada peminat Won Bin yang dahagakan aksi pelakon itu di kaca televisyen.

“Apatah lagi dengan bajet produksi yang sangat tinggi iaitu sebanyak RM230 juta, kita pada mulanya menjangkakan yang Won Bin akan bersetuju,” katanya seperti dilaporkan portal 8days.

BACA> BTS derma RM5 juta bantu penggiat seni belakang tabir

Bagaimanapun, selepas dia meneliti skrip drama tersebut, tawaran yang diberikan telah ditolak olehnya.

Sebab penolakan itu bukan kerana skrip drama tersebut, tetapi kerana Won Bin merasakan yang ini bukan masa yang sesuai untuk dia kembali bekerja sebagai pelakon.

Berita itu dianggap sesuatu yang sangat mengecewakan buat peminat dan produksi yang sudah mengeluarkan bajet tinggi untuk bekerjasama dengan Won Bin

Won Bin kali terakhir beraksi di kaca televisyen pada 2010 menerusi drama The Man From Nowhere.

Sejak daripada itu, pelakon tersebut lebih banyak menjadi jurucakap produk dan model iklan komersial.

Bayaran yang diterima Won Bon sebagai jurucakap dan model dianggarkan bermula daripada RM3 juta hingga ke RM4 juta bagi setiap iklan.

Kalau dah ada yang mampu nak membayar dengan angka sebegini banyak, buat apa lagi nak berpeluh-peluh bekerja sebagai pelakon. Betul tak? -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button