Nasional

Penukaran aliran lalu lintas dua hala ke sehala di sebahagian Lorong Air Terjun, Georgetown

MAJLIS Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) akan menukar aliran lalu lintas dua hala ke sehala di sebahagian Lorong Air Terjun, di sini bermula pukul 9.30 pagi esok.

Menurut kenyataan Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam Jabatan Khidmat Pengurusan MBPP hari ini, sistem jalan sehala bermula dari Jalan Gottlieb menuju laluan Taman Gottlieb itu akan dilaksanakan secara percubaan selama tiga bulan.

“Tujuan sistem jalan sehala dilaksanakan adalah bagi mengurangkan kesesakan dan melicinkan lalu lintas di kawasan berkenaan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, sebarang pertanyaan boleh menghubungi MBPP di talian 04-2592227/04-2592202 atau emel kepada [email protected].  – BERNAMA

(Visited 391 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button